KOTA BHARU: Kreativiti seorang suri rumah dari Kampung Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini, berjaya menghasilkan beg tote pelbagai corak menarik dan berwarna-warni dengan menggunakan karpet.
Suriati Mohd Noor, 55, berkata, beg yang dihasilkan menggunakan karpet biasa dan karpet berbulu itu sangat laris ketika Ramadan kerana digunakan untuk meletakkan telekung ketika ke masjid untuk solat tarawih.
“Kebiasaan beg akan cepat terkopak dan tercabut pada bahagian tali. Jadi, dengan menggunakan kemahiran asas menjahit yang ada, saya cuba menghasilkan beg daripada karpet yang lebih tahan lasak.
"Tidak sangka mendapat sambutan hangat lebih-lebih lagi ketika bulan puasa sebab ramai yang ke masjid untuk solat tarawih,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Ahad.
Ibu 10 cahaya mata itu berkata, dalam sehari, dia mampu menjahit satu hingga dua beg dengan menggunakan benang nilon yang lebih mahal berbanding benang jenis biasa bagi memastikan jahitan beg tersebut tahan lama.
“Pada hari-hari biasa, saya dapat menjual lima hingga enam beg dalam sehari manakala pada Ramadan jualan boleh mencapai 10 beg setiap hari dan akan semakin banyak menjelang Aidilfitri.
“Selain berbulu, beg ini juga terdapat dalam pelbagai corak termasuk flora, abstrak dan batik serta pelbagai saiz boleh didapati hingga mampu memuatkan pakaian untuk dibawa ke mana-mana,” katanya.
Tambah Suriati, dia juga menghasilkan dompet dan beg dengan tali yang lebih panjang mengikut kehendak pelanggan.
Katanya, harga setiap beg dijual bermula RM15 sehingga RM60.
“Saya mahu pelanggan saya memakai beg berkualiti seperti mana saya juga wanita yang mahukan beg-beg berkualiti dan lasak untuk digayakan, namun pada masa sama tetap cantik serta unik,” katanya yang membuka gerai perniagaan di pasar pagi di Medan Ilmu di sini setiap kali kuliah Jumaat sahaja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024
Suriati berkata harga setiap beg dijual bermula RM15 sehingga RM60. - Gambar/ Sinar Harian
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Suri rumah hasilkan beg daripada karpet jana pendapatan
Kreativiti seorang suri rumah dari Kampung Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini, berjaya menghasilkan beg tote pelbagai corak menarik dan berwarna-warni dengan menggunakan karpet.